Kejadian Seram di Wad ICU

Cerita Lawak No Comments »

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba…… Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Bedah…. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum cleaner’nya…

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI

Rahsia Biz 1 Comment »

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi komputer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu komputer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer di rumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh menafaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari komputer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan komputer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan komputer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan komputer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui komputer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman ini. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.
Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)

Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus ke rumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)

Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesebuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon dan alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium atau kampung anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan ke rumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan anda kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH

Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer di rumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer  dengan mengambil beberapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian komputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”

Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hampir semua perkara boleh dijadikan topik atau tajuk.

Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

Multimedia: Applications and Future

Artikel No Comments »

Computers nowadays has become a very famous tools that should everyone have. The government also urge us to have ‘one p.c. per home’. In year 2020 we will see multimedia will become fully use as at Multimedia Super Corridor (Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan – MSC & MDC Maktab Kerjasama Malaysia).

As that goes, multimedia has become standard method of conveying information. Multimedia combines different types of media elements such as text, graphics, sound, animation and video into one cohesive applications to convey informations. We can mix and match any these media elements depending on the type of message we would like to pass on to your target audience.

Basically, with multimedia, we are only limited by our imagination. In the heart of multimedia is interactivity. A regular telephone can be used to transmit information via either voice (audio) or fax data. The telephone is not considered multimedia device because it only uses one type of media at a time, audio or text. A television in one hand is considered a multimedia device. It can transmit text, sound, video, graphics and animations data simultaneously but it is a linear multimedia device, meaning the viewer has no control over the sequence of the presentation.

However, with a P.C. you can have interactive multimedia. With interactivity, we, the user have control over what media elements are to be delivered and when it is to delivered. (see Figure 1). For example, a presenter may want to use animations, sound and text at different parts of his presentation to present ideas and information to his audience or a manager may want to illustrate some word-processed documents and spreadsheets together with sound, video and graphics animations.

Interactive multimedia is important especially when it is applied in education. Research has proven that students increase their retention rate up to 40 per cent when multimedia methodology of teachings is used compared to traditional teaching methods. We tend to remember more if we actively participate in the learning process. To make our P.C become multimedia PC, we have to have a few hardware components.

Tidak akan di hukum

Cerita Lawak No Comments »

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Rahsia Memperolehi RM200 Sehari Dengan Menjual Informasi 4 Muka Surat

Rahsia Biz No Comments »

Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANYA DARI RUMAH? Ya sudah tentu memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa setelah anda mengetahuinya.

Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan membantu mengubah kehidupan mereka.

Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikkan sewaktu ekonomi sesebuah negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan yang paling baik sekali untuk memulakannya.

Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.

Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan alat-alat komunikasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, komputer, email, internet, mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan pekerjaan.

Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan yang amat lumayan.

Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan perkara.

Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.

INFOMASI adalah satu bahan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia. Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi komputer pada masa ini.

Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin luas menggunakan teknologi untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika ada sesiapa diantara anda mengatakan yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesungguhnya mereka sudah tidak mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.

Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran, ilmu pengetahuan, gosip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan, nilai moral dan sebagainya.

Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan datang.

Setiap hari kita akan berdepan dengan INFOMASI / MAKLUMAT baru didalam kehidupan dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR INFOMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN.

Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah.

Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang diperlukan oleh orang ramai.

Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya, tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai dengan gaji yang dibayar.

Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas. Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFOMASI tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat tersebut boleh membantu mereka.

Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut asalkan dirinya terselamat daripada penderitaan akibat penyakit kencing manis.

Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja. Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisen kepada orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat.

Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanfaat dan anda boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan.

Sekarang kami hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA… banyak perkara telah berada disekeliling kita sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki komputer. Tahukah anda bahawa computer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu.

Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN DLL, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN, MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL).

Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan computer dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan jadikan komputer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk bermain “games” sahaja. Ini baru mengenai komputer sahaja. Jika anda mempunyai kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau mengadakan kursus fotografi.

Mengadakan kelab fotografi di kawasan anda, menulis surat berita mengenai fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, membuka studio dan sebagainya. Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan kelas tuisyen, menjalankan kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan, andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga RM10 bergantung kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.

Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunyai daya kreativiti dan inovasi. Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji di sekitar kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk mencari wang di rumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya.

Disini kami sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh menjadi sebuah bahan cetak seperti laporan yang sedang anda baca ini. Setelah anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit.

Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea biasanya tidak datang dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang. Ada kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.

Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas didalam fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan di bandar dan terlihat orang membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol, pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastik dan lain-lain.

Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.

Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan rekreasi, memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai apa sahaja perkara dan topik dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang.

Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano, gitar, computer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini, ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar dan majalah dengan meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.

Atau anda boleh iklankan didalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dan setiap hari anda menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi miliki anda setiap hari. Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1 hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan bukan mustahil anda akan tersenyum untuk menyimpan wang di bank kelak.

Inilah cara yang kami maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda.

Begitu jugalah yang berlaku kepada penulis. Saya tidak bersekolah tinggi dan hanya mempunyai sijil SRP. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan dulu semuanya kerja kasar seperti pemandu jentolak, buruh kilang papan, peniaga nasi lemak dan peniaga makanan.

Saya juga tidak tahu langsung menggunakan komputer dan tidak faham bahasa Inggeris. Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan tidak pernah putus asa. Saya belajar bahasa Inggeris dengan membaca akhbar dan menggunakan kamus. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen, hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercelaru dan sukar difahami.

Walaupun ada kritikan, komen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hasil tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan mendapat idea sendiri seperti sekarang ini. Kemudian saya membaca buku-buku mengenai komputer yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Saya gunakan kamus, bertanya kepada kawan-kawan dan akhirnya saya mampu membeli komputer sendiri dan mahir menggunakannya. Sekarang saya sudah mempunyai dua buah komputer lengkap dengan akses internet dan ia membudahkan saya mencari bahan secara percuma.

Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU. Dan sekarang saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan.

Jika saya bekerja dengan orang lain mungkin saya tidak akan hidup dalam keadaan selesa seperti sekarang. Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah perkara kedua.

Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN SEKARANG!

…petikan dari artikel Rahsia Kekayaan!

Kisah di kawasan perkuburan

Cerita Lawak No Comments »

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara”Fuuufff…terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje”.

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :”Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??”

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!”

Malu sendiri…

Cerita Lawak No Comments »

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
“HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya….Ya….Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini.”Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
“Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin.” Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

“Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?”

“Saya datang nak pasang talian telefon” Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna…

Pelatih Baru

Cerita Lawak No Comments »

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya… Terus Mendail…

“Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!” Katanya Menengking.

“Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?” Kata Suara Di Hujung Talian.

“Tidak” Jawab Rosman.

“Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?” Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

“Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?” Tanya Rosman.

“Tak, Awak Siapa?” Balas Pengarah Urusan Itu.

“Kalau Tak Tahu Bagus…” Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Mata wang kita diramal RM3 berbanding dolar AS tahun depan

Berita No Comments »
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Nilai ringgit dijangka kukuh pada paras RM3 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan selepas mencapai RM3.35 tahun ini, sekali gus menggambarkan momentum ekonomi negara yang positif untuk tempoh dua tahun akan datang, kata seorang pakar ekonomi hari ini.Pengukuhan mata wang tempatan akan membolehkan negara mengatasi kerugian mata wang semasa krisis kewangan serantau 1997 apabila nilai ringgit ditambat kepada RM3.80 bagi setiap dolar AS berbanding sekitar RM2.50 bagi setiap dolar sebelumnya, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan ulasan tentang prestasi ekonomi Malaysia. Ringgit hari ini ditutup tinggi 3.4925 berbanding dolar AS daripada 3.4930 semalam.

Mohamed Ariff berkata, antara faktor utama kenaikan itu adalah ‘penghijrahan’ para pelabur asing ke pasaran modal tempatan daripada pasaran Thailand ekoran krisis politik di negara jiran itu.

“Selain itu, pertumbuhan ekonomi yang kian mengukuh, peningkatan minat pelabur antarabangsa dalam pasaran modal tempatan, kejayaan mencatatkan lebihan dagangan, kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai dolar AS turut mendorong kenaikan ringgit.

“Pelaksanaan banyak projek pembinaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) turut mengukuhkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun ini berbanding tahun lalu,” kata beliau.

Mohamed Ariff berkata, kenaikan ringgit itu akan menyebabkan rakyat negara ini membeli barangan luar negara pada kadar lebih murah, sektor domestik mengaut keuntungan hasil pembelian barangan asing yang lebih murah, kelebihan kepada pelabur tempatan yang melabur di luar negara serta menjadi faktor menarik untuk membawa pulang rakyat negara ini yang bekerja di luar negara.

Namun begitu, beliau menambah, kenaikan nilai ringgit itu sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap eksport firma-firma tempatan terutama dalam industri petroleum dan kelapa sawit yang menjalankan urusniaga dalam dolar AS.

Sementara itu, Pakar Ekonomi OSK Investment Bank Bhd., Sia Ket Ee percaya eksport negara dijangka tidak akan terjejas kerana negara serantau lain turut mengalami peningkatan nilai mata wang mereka berbanding dolar AS yang turut menyebabkan barangan menjadi mahal seperti mana barangan tempatan.

Pada masa yang sama, kata beliau,firma tempatan yang mengeksport produk mereka ke luar negara mengalami peningkatan kecekapan pengeluaran dan produktiviti yang membolehkan mereka mengurangkan kos pengeluaran, sekali gus penurunan harga jualan seunit.

Beliau berkata, nilai ringgit dijangka terus mengukuh secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur menjelang akhir tahun ini, tambahan pula dengan isyarat jelas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai prestasi mata wang tempatan itu tahun ini.

Sumber Utusan Online

Pedagang Internet

Bisnes No Comments »

Hari ni rasanya saya nak kongsi2 idea lah dalam bisnes..Di Malaysia kemudahan IT semakin hari semakin meningkat..semakin hari semakin banyak domain dan hosting telah didaftarkan..begitu hebatnya di alam maya sekarang..

Tapi berapa ramai yang telah membantu usahawan kecil kita dikampung..produk banyak sehingga menjadi lebihan..tetapi masalah dengan pasaran ! Saya rasa..lah kalau yang dah ada ilmu tentang bisnes online mereka boleh buat sebenarnya untuk membantu pasaran produk2 kampung atau industri kampung…seperti keropok,kelepek,belacan,budu,cincalok dan sebagainya ke pasaran antarabangsa dengan menggunakan internet dan promosi merata tempat je kat internet ni..macam boleh buat..sebenarnya..saya pun tahu ler..kekadang2 tu sesetengah produk tu bukannya sedap gak…bila promosi berlebihan dan keyword nama ramai diperkatakan dengan sendiri produk naik dan rasa sedap..bahkan ada lagi yang lebih sedap dari itu..apapun cubalah bagi mereka yang otak bisnes ni cari produk2 dikampung iklankan di web atau letakkan di web…www.ebay.com ke www.lelong.com ke www.alibaba.com atau web persendirian anda..silap2 anda pun leh jadi kaya..wooow..sekaligus menaikkan taraf orang kampung kita..produknya terus maju dan berjaya.

Cuba bayangkan..kalau anda berada diluar negara…kadang2 tu teringin juga nak makan keropok ikan ,belacan, budu,cincalok,serunding,rempah ratus,kerepek dan sebagainya..kan..Sekarang bukannya susah nak dapatkan..buat pembelian secara online saja..dan sampai depan pintu..tak kira dimana jua berada..hanya on internet dan search saja keyword serunding misalnya..web manakah yang berada diatas..? mestikan kita perlukan di muka depan dan berapa di no.1 kan ? So,disitu juga penting bagi yang berkemahiran memperbanyakkan keyword seperti juga domain yang kita pakai..kan..kekadang kita bosan dengan SPAM kat email..ribuan email kekadang dalam inbox kita kekadang terus je delete..

So,para internet marketing mesti memulakan langkah yang terbaik dalam mempromosikan sesuatu produk..seperti google words atau iklan baris google atau yahoo..Kenapa kita masih berbisnes tidak profesional…semestinya tiada pendedahan dan ilmu saja..memang dah berlaku dengan munculnya Jutawan Internet seperti Irfan Khairi dan ramai lagi..yang bergelar usahawan senyap..Bekerja didalam rumah saja..hanya keluar untuk pergi poskan barangan yang dipesan..

Pastinya apa2 bisnes memerlukan modal..saya dulu pun pernah menjual barangan secara online tapi sekarang stop kejap nanti ada masa nak mulakan baliklah sebab masa tak mengizinkan..menumpukan kepada FOREX jap..nanti betul2 berjaya dalam FOREX hasil keuntungan boleh buka bisnes lagi di alam nyata..hehehe..insyallah..angan-angan je aku ni..huhuhu..

Tidak dinafikan ada juga orang membeli rempah ratus misalnya secara pukal pastu dia bungkus dan buat atas nama syarikat dia sendiri plak..dan siap dengan cap dia sendiri..maklumlah orang kampung ni bukannya ada syarikat sendiri..mereka hanya hasilkan dan jual secara kampung je..sekadar buat cap sendiri je..cap kapal ke pinang belah dua ke..cap sirih ke..bahan2 kandungan pun tak ada gak kekadang tu..tapi memang ada orang dah lama buat..kekadang sedap juga rempah giling yang di buat cara tradisional..!

Teringat saya satu rempah BBQ yang dibuat secara tradisional sedap sangat….sbb bahan2 yang digunakan nampak fresh..walaupun 3@4 bulan saya simpan dalam frezeer..Kalau saper yang tinggal dekat area Kota Bharu..bolehlah try atau cuba dan boleh hubungi Zakiah [Kak Yah] No.telefon 09-7646843 atau 012-9552955…kalau korang nak tolong pasarkan..boleh je..memang sesuai untuk tempahan secara pukal bagi mereka2 yang ingin mengadakan jamuan BBQ seperti jamuan hari keluarga kakitangan kerajaan ke..jamuan hari raya ke..dan lain2 lah….ayam panggang….daging panggang ke…kerang.malah nak letak seafood pun ok…aku kalau malas sangat nak bakar..celup jer dalam rempah nie..after that goreng..walla..power habis..kalau korang kata aku nak promote pun takper..tak kisahlah..sebab bagi aku..rempah BBQ nie tak rugi…kalau beli..sbb tkder sebarang pengawet….

“Perisa rempah BBQ ini disediakan bagi anda yang ingin mengadakan majlis-majlis keraian seperti sambutan hari keluarga bagi kakitangan kerajaan atau swasta , perkhemahan bagi pelajar-pelajar atau mahasiswa/wi, jamuan BBQ,satey dan sebagainya tanpa membuang masa untuk memikirkan bagaimana untuk membuat rempah tersebut.”

Anyway..yang penting dalam bisnes ni adalah promosi dan pengiklanan je..kalau syarikat besar atau sesuatu produk yang memerlukan modal besar tapi pasaran tiada adalah sukar juga untuk berjaya..berbanding dengan produk kecil dan modal kecik je asalnya tapi promosi dan pengiklananya begitu meluas..insyallah lebih berjaya..ok selamat mencuba..!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login