Alamat web cerminkan jenis kandungan

Bisnes No Comments »

Melayari Internet membolehkan begitu banyak maklumat-maklumat baru yang anda akan temui dan ketahui. Internet memainkan peranan yang penting selain daripada medium akhbar, radio dan televisyen untuk menyampaikan maklumat.

Dari hari ke hari, berpuluh-puluh tapak dan laman web baru akan muncul, ini membolehkan lebih banyak maklumat disalurkan. Namun jumlahnya yang terlampau banyak boleh membuatkan anda sering terlupa mengenai alamat sesebuah tapak atau laman web.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menanda laman tersebut menggunakan penanda buku (bookmark) atau favorites yang terdapat dalam perisian pelayar web.

Pada kebiasaannya sesebuah alamat tapak web akan dimulai dengan perkataan WWW yang bermaksud World Wide web dan berakhir dengan domain atau perkataan-perkataan singkatan seperti net singkatan bagi perkataan network, com (communication), org (organization) dan edu (education).

Sebenarnya alamat sesebuah tapak web itu penting bagi menentukan jenisnya, terutamanya tapak-tapak web untuk organisasi sama ada untuk perniagaan, pendidikan dan sebagainya.

Ini kerana selain dari menggunakan nama organisasi itu sendiri, perkataan pada belakang alamat tersebut lebih penting kerana ianya mencerminkan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang mereka lakukan ataupun kandungan yang disediakan.

Oleh yang demikian adalah penting bagi sesebuah organisasi tersebut untuk menentukan jenis alamat tapak web mereka, walaupun mereka tidak mempunyai banyak pilihan.

Jika anda inginkan alamat tapak web yang berwajah Malaysia, maka dapatkan alamat dengan .my di belakangnya. Ia merupakan khusus untuk tapak web milik rakyat Malaysia sahaja.

Selain daripada singkatan-singkatan perkataan yang disebutkan di atas, terdapat trend masa kini yang turut menggunakan singkatan perkataan dari negara lain seperti .to, .tv, .cc, .ws dan sebagainya.

Dengan adanya nama-nama domain berbeza ini, mungkin banyak organisasi yang mempunyai alamat laman web sedia ada ingin bertukar ke alamat yang baru untuk disesuaikan dengan bentuk organisasi mereka.

Walau bagaimanapun yang pastinya organisasi-organisasi tersebut perlu segera mendaftarkan alamat-alamat domain tersebut dengan pendaftar-pendaftar domain yang telah dilantik, contohnya MYNIC untuk .my.

Seolah-olah menjadi sesuatu kemestian pada masa kini sesebuah organisasi itu perlu memiliki tapak webnya sendiri jika mereka berhasrat untuk memperkenal serta memajukan lagi perniagaannya di serata dunia, dan tidak menggunakan nama yang panjang berjela-jela.

Statistik Pengguna Internet

Bisnes No Comments »

Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.

Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan laman web yang anda sedang layari ini, hanya berharga RM50 setahun!

Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!

Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Jumlah Pengguna Internet Dunia

Benua

Jumlah Pengguna Internet

Asia

364,270,713

Afrika

22,737,500

Eropah

290,121,957

Timur Tengah

18,203,500

Amerika Utara

225,801,428

America Selatan / Caribbean

79,033,597

Oceania / Australia

17,690,762

JUMLAH

1,018,057,389

Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran

Negara

Jumlah Pengguna Internet

Malaysia

10,040,000

Singapura

2,135,000

Brunei

35,000

Indonesia

15,300,000

Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

  • Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.
  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.

Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahsa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna.Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!

Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan di Internet.

Salam hormat dan berjumpa lagi.

Melintas

Cerita Lawak 1 Comment »

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

“Fasal apa adik menangis”, tanya Radhi.
“Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong”,pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata “Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..”.

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue…

Terlepas Perhentian Bas

Cerita Lawak No Comments »

Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”.

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itumenolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri.Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,”kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya.

Gajah liar

Cerita Lawak No Comments »

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : “Awas, kawasan gajah liar!” Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, “Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu.” Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,”Atuk engkau di mana sekarang?”. Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,”Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!”

Mahu Buat Duit Dengan Video Percuma?

Bisnes No Comments »

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana menjana
pendapatan dengan video percuma bukan? Dengar
sekali terasa pelik, tetapi itulah hakikatnya.

Jangan sangka bahan percuma tidak berkualiti!

Tapi saya akui yang perkara begini memang
jarang berlaku… kerana kebanyakan produk
percuma yang diedarkan tidak menepati citarasa
saya.

Jadi, berikan perhatian kepada apa yang saya
ingin kongsi bersama di sini.

“Video Percuma Dot Com” adalah produk terbaru
yang dihasilkan oleh sahabat perniagaan Internet
saya iaitu saudara Zamri Nanyan dan Mohd Sufian.

Sekali lihat, memang saya tidak menyangka yang
ianya diberikan tanpa sebarang caj.

Sebelas Video Tutorial Percuma secara bersiri
dihantar terus ke Emel anda…

Percuma?

Pasti anda pun kurang percaya.

Apa yang saya buat seterusnya ialah mendaftar
di laman web tersebut, dan anda juga boleh
berbuat demikian di:

http://www.videopercuma.com/r/usri

Wow! Selepas menonton beberapa video tutorial
yang diberikan, saya terkejut kerana saya
pernah melihat video tutorial sebegini dijual
di internet pada harga USD$24.95.

Dan lagi, Video Percuma yang diberikan oleh
Zamri Nanyan dan Mohd Sufian adalah di dalam
Bahasa Malaysia - sesuatu yang belum pernah
dilakukan sebelum ini.

Terus terang saya katakan yang video-video
ini memang hebat dan mampu menerangkan
beberapa perkara yang begitu penting untuk
seseorang memulakan perniagaan internet
pertama mereka.

Peluang Pendapatan!

Belum sempat rasa teruja saya hilang, saudara
Zamri Nanyan memberikan satu lagi kejutan
dengan video tutorial istimewa beliau.

“Video Percuma dot Com” bukan sekadar video
percuma yang memberikan ilmu yang berguna
kepada anda, tetapi ianya juga satu sistem
pemasaran viral (automatik) yang mampu
menjana pendapatan tambahan kepada anda…
dan segalanya ada dinyatakan di dalam
video istimewa ini”.

Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri
dan mahu menjana pendapatan sebagai affiliate,
inilah laman web yang anda cari-cari selama
ini.

Cuma ikuti arahan di dalam video istimewa
yang disediakan, mulakan promosi dan anda
mampu membina pendapatan dari 9 sumber yang
disenaraikan.

Ya, sembilan sumber! Bukan satu atau dua.

Inilah yang dikatakan multiple streams of income.

Hebat, bukan?

Baiklah, saya tak dapat cerita dengan lebih
lanjut mengenai video istimewa ini kerana
anda juga boleh menontonnya sendiri.

Cuma daftar melalui link di bawah dan pastikan
anda menonton kesemua video yang disediakan
(termasuk video istimewa yang saya nyatakan
di atas).

http://videopercuma.com/r/usri

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau
masalah, mereka di videopercuma dot com
ada menyediakan satu forum untuk anda
bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan.

Ini link forum tersebut:

http://zamrinanyan.com/bincang

Pastikan anda mendaftar hari ini juga
untuk peluang keemasan dan percuma ini.

Yang ikhlas,

Usri Yusof
http://www.steprofit.com

ps. Mungkin anda perlu bertindak sekarang
kerana sehingga 30 September 2007 ini, satu
pertandingan telah diadakan. Anda akan tahu
‘challenge’ tersebut selepas mendaftarkan
diri. Jangan terlambat!

Daftar sekarang di

http://videopercuma.com/r/usri

Shortcut kejayaan…?

Bisnes No Comments »

Sering kali saya ditanya soalan “Bagai mana anda boleh mendapat RM1 juta pertama pada usia 25 tahun? Bagai mana anda dapat melakukannya dengan cepat?”

Apa yang patut di lihat adalah bukannya bila kah seseorang itu mencapai kejayaan, tetapi, patut di lihat bilakah bermulanya proses untuk mencapai sesuatu kejayaan itu. Hero kegemaran saya, Arnold Swarznegger dari filem popular Terminator mencapai impian hidupnya sebagai juara bina badan dunia pada usia 22 tahun. Tahu kah anda bila kah beliau memasang niat dan berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut? Jawapannya adalah pada usia 16 tahun!

Ya, Arnold juga merupakan manusia biasa yang memasang cita-cita tinggi dan berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut. Arnold berusaha selama 6 tahun untuk mencapai cita-cita pertamanya. Dengan latihan keras serta berdisiplin dalam pemakanan dan senaman, Arnold mencapai cita-citanya dalam masa 6 tahun.

Bagi diri saya, saya telah memasang cita-cita mencapai pendapatan RM1 juta sejak di bangku sekolah lagi- iaitu 19 tahun. Ia mengambil masa hampir 6 tahun juga - dengan persiapan mental, berusaha dengan gigih, berdisiplin melakukan kerja serta mencari ilmu tentang kewangan.

Apakah short cut untuk mencapai kekayaan? Jawapannya: Tiada! Oleh kerana segelintir masyarakat kita yang sering inginkan short cut untuk mencapai kekayaan lah terdapat pelbagai helah menjana pendapatan seperti skim pyramid, surat berantai, scam, dan skim cepat kaya. Mereka yang ingin short cut yang akan menjadi mangsa.

Kesimpulannya, tidak kira pada umur berapa anda berada, untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, anda perlu memulakan proses untuk mencapai kejayaan, iaitu memasang cita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapaikannya setiap hari. Kejayaan tidak datang sebegitu sahaja dan jarang sekali ia dapat di capai dalam waktu yang singkat. Oleh itu, mulakan langkah pertama anda hari ini. Bayangkan apa yang anda ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang. Anda akan dapati jikalau anda tumpukan tenaga anda untuk mencapai cita-cita tersebut, anda akan memperolehinya dalam jangka masa kurang dari 10 tahun.

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi!

Surat Putus Cinta

Cerita Lawak No Comments »

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login