Akaun Masa Anda

Bisnes No Comments »

Kebanyakan orang mengambil mudah soal masa, terutamanya masa yang sedikit. Kita telah dilazimi untuk menyukat masa dalam unit hari , minggu dan tahun, berbanding dalam minit atau jam. Kita bekerja 9 hingga 5, isnin ke jumaat. Kita merancang kehidupan kita berdasarkan kalendar bulanan. Kita meraikan hari jadi dan ulang tahun kita setahun sekali.Tetapi perkara yang menakjubkan berkenaan masa ialah bagaimana beberapa minit di sini dan di sana setiap hari boleh dijumlahkan menjadi sepotong masa yang benar! Misalnya, adakah anda tahu berapa lama jumlah masa orang biasa menghabiskan masa makan sepanjang hidupnya? Apakah anda agak setahun? Dua tahun? Jawapannya ialah enam tahun! Tidakkah menakjubkan? Di sini ada beberapa tugasan harian yang dijumlahkan menjadi blok masa yang besar:

Jumlah Masa Yang Kita Habiskan ke Atas Kerja Kecil Semasa Hidup Kita

6 Tahun - Makan
5 Tahun - menunggu dalam barisan
4 Tahun - Membersih rumah
3 Tahun - Menyediakan hidangan
2 Tahun - Cuba memanggil balik telefon
1 Tahun - Mencari barang salah letak
8 bulan - Membuka surat sampah
6 bulan - Berdiri di lampu merah

Dengan kiraan saya, ia hampir 22 tahun daripada hidup anda! Ia telah membuktikan bahawa 15 minit di sini�. setengah jam di sana�. dua jam di sana�.boleh dijumlah menjadi satu blok masa yang besar!

Beberapa Jam Boleh Ditukar Menjadi Beberapa Bulan

Cuba fikirkan sebentar apa yang boleh kita selesaikan dalam kehidupan kita jika kita menggunakan beberapa jam setiap petang dan di hujung minggu untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membina perniagaan sendiri. Jika anda mengetepikan dua jam setiap hari kerja - katakan satu di sebelah pagi dan satu di sebelah petang - dan tiga jam lagi pada masing-masing Sabtu dan Ahad, anda boleh menjumlahkan 16 jam ke atas masa produktif seminggu dalam jadual anda!

Enam belas jam seminggu selama 50 minggu setahun menjadi 800 jam lebihan setahun…. yang dikira hingga 100 hari 8-jam… atau 3 bulan 10 hari lebihan hari kerja 8-jam setiap tahun. Dan semua itu yang perlu dibuat ialah mengetepikan beberapa jam sehari untuk mendapat lebihan bulan bagi masa produktif setiap tahun. Menakjubkan, bukan?

Dipetik dari : http://www.ecash-2u.com/blog

Burung Apa? Burung Muraiii

Cerita Lawak No Comments »

1979

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua… tak baik!!!!

………………………………………………

2007

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang!

Penjual Daging

Cerita Lawak No Comments »

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. “Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!” jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: “Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah….!!!???”

Penjual daging : “Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer…”

Pak Pandir di Lebuhraya

Cerita Lawak No Comments »

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, “Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!”.

“Gila!!!,” kata Pak Pandir, “Bukan satu, tapi beratus-ratus!”

Harta Pak Pandir

Cerita Lawak No Comments »

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat idea, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.

Kriteria Usahawan Internet

Bisnes No Comments »

Aktif dalam pemasaran
Salah satu kebaikan perniagaan di Internet adalah pasaran dunia. Dengan kos yang minima, seseorang itu boleh meniagakan produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan serata dunia.

Apa yang perlu diingat juga adalah, apabila anda mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai pasaran dunia, pesaing anda juga adalah pesaing-pesaing global. Untuk berjaya, usahawan Internet perlu aktif dalam memasarkan perniagaan Internetnya. Perniagaan menjadi semakin kompetitif oleh kerana anda harus bersaing dengan usahawan-usahawan luar yang berlumba-lumba memberi kualiti terbaik di serata dunia.

Bijak memenuhi peluang pasaran yang ada
Perniagaan Internet di Malaysia masih di tahap yang baru. Terdapat banyak ruang kosong dari segi peluang pasaran yang belum dipenuhi. Ini merupakan satu kelebihan bagi mereka yang bijak mengambil peluang memenuhi kekosongan tersebut untuk memulakan perniagaan.

Tidak seperti negara-negara barat, hampir kesemua kategori pasaran telah dipenuhi dengan laman perniagaan yang berkaitan. Di Malaysia, masih banyak peluang terbuka dan mereka yang bijak memenuhi ruang pasaran tersebut akan berpeluang menjadi ketua kategori perniagaan Internet tempatan.

Pemikiran yang unik
Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Inetrnet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh kerana pesaing anda hanyalah satu klik dari pada anda.

Tidak seperti perniagaan bukan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi, di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesaing anda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar dari laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengetengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino’s Pizza menjanjikan “Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!” dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah “Kedai buku terbesar di bumi”

Kesabaran dan kecekalan hati
Oleh kerana kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi oleh kerana ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.

Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan di hadapi. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, ambil segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh di elakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, di Malaysia perniagaan Internet masih lagi setahun jagung. Pada ketika ini, tiada banyak rujukan perniagaan-perniagaan Internet tempatan yang berjaya boleh di ambil iktibar. Rujukan boleh dilakukan dengan laman-laman web perniagaan antarabangsa.

Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.

Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu mengabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di bisnes bukan Internet serta kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu internet.

8 Langkah Menjadi Jutawan…

Bisnes No Comments »

Langkah 1: Mulanya di fikiran

Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. “Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur” merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, “Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!”

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama “Angan- angan Mat Jenin”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka

Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario “the grass is greener on the other side” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!

Masalah Pendengaran

Cerita Lawak No Comments »

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.

“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
“Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”

Pakej Kit Blogger untuk semua…

Bisnes No Comments »
Saya baru sahaja habis meneliti produk Pakej
Kit Blogger, hasil kerja Zulfadli @ SmartZul.

Apa yang terlintas di fikiran saya selepas
habis muatturun produk ini ialah… wah!
banyaknya yang diberikan.

Dari ebook, hadiah bonus sehinggalah kepada
kupon diskaun untuk produk-produk tempatan
yang lain.

Kemudian saya mula menyemak satu persatu produk
SmartZul ini.

Ternyata, produk ini amat sesuai untuk mereka
yang tidak tahu apa itu blog sehinggalah kepada
mereka yang mahu belajar bagaimana membina
pendapatan melalui blog dan mempromosikan blog
yang telah dibina.

Apa yang menarik minat saya ialah penerangan
SmartZul amat mudah difahami dan panduan yang
diberikan memang boleh diikuti oleh sesiapa
sahaja.

Berdasarkan usaha SmartZul menulis dan
menyediakan kandungan Pakej Kit Blogger,
saya rasa harga yang ditawarkan oleh SmartZul
adalah amat berbaloi sekali.

Satu pelaburan yang baik untuk ilmu “blogging”
anda.

Kebanyakan produk yang menerangkan bagaimana
caranya membina blog adalah di dalam Bahasa
Inggeris. Jika ada di dalam Bahasa Malaysia
pun, tak banyak yang menerangkan dengan lebih
menyeluruh seperti yang dilakukan oleh SmartZul.

Jadi, jika anda benar-benar berminat untuk
membina blog untuk menjana pendapatan di
Internet, usah tanya saya… dapatkan Pakej
Kit Blogger dan belajar dari SmartZul.

Bukan itu sahaja, SmartZul juga ada memberikan
bimbingan peribadi (melalui forum untuk pelanggan
Pakej Kit Blogger) dan ini merupakan satu
hadiah bonus yang tak ternilai jika hendak
diletakkan harga.

Dapatkan Pakej Kit Blogger di:

Pakej Kit Blogger Smartzul  
Ikhlas,
Usri Yusuf
ps. SmartZul bukanlah orang asing lagi di
arena perniagaan internet. Beliau juga
ada mengendalikan workshop atau seminar
perniagaan internet di dalam Bahasa Malaysia.

Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…

Bisnes No Comments »

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?

Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai ”coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan! :)

Bagi saya sendiri juga, masih memerlukan bantuan & motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang! Doa-doakan saya ok?


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login