Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..
Perniagaan Internet No Comments »Siapa yang tak kenal Google, sebuah enjin carian yang gah di persada dunia internet di samping Yahoo! Kini (dah lama pun), sudah ramai yang membuat duit dengan mudah hanya dengan menggunakan program simple yang disediakan oleh Google. Ia dikenali sebagai Adsense.
Program ini secara mudahnya ialah, anda akan dibayar dengan nilai tertentu pada setiap iklan yang di-klik pada laman web anda. Umpama anda adalah agen bagi sebuah syarikat pengiklanan dan membantu mereka mengiklankan produk-produk atau servis syarikat lain. Cara bekerjanya amat mudah, anda hanya perlu meletakkan iklan yang disediakan oleh google pada laman web anda. Itu sahaja!
NAMUN, tidak semudah yang disangka.. Satu kesalahan utama atau fatal yang sering dilakukan di dalam meletak iklan adalah “iklan tersebut nampak seperti iklan”.
Sebab itu google memberikan pilihan kepada kita untuk memilih warna dan bentuk mengikut kehendak kita. Maksud ‘iklan adalah iklan’ ialah pelawat laman web anda tidak akan klik iklan itu kerana biasanya tidak ramai pengguna yang mahu klik iklan. Kerana apa? Sebab pada hakikat biasanya, pelayar laman web tidak mahu meng-klik iklan. Betul? Bahkan diri kita sendiri pun tidak mahu meng-klik iklan kan? Maka, pastikan anda mempelajari tips & triks yang berkesan terutama bagaimana memastikan iklan adsense anda itu akan di-klik.
Namun, kekadang kita akan klik juga iklan itu disebabkan ada daya tarikan pada ‘iklan’ tersebut. Satu, kerana ia tidak nampak seperti iklan dan kedua ia amat menarik.. Bagaimana caranya? Saya juga baru mahu mencubanya.. Barulah saya tahu antara kesilapan saya selama ini..
Sebagai satu contoh trik di dalam meletak iklan adalah, jika warna latar belakang laman web anda adalah putih, maka pilihlah warna iklan yg semuanya putih, kecuali teksnya berwarna hitam atau selainnya yang sesuai. Kedua, pilihlah rekabentuk iklan yang sesuai dengan bahagian yang anda ingin meletaknya. Ketiga, posisi iklan yang berkesan dan 98% pasti akan diklik oleh pembaca laman web anda.
Mungkin kepada yang ‘zero’ atau kosong tidak faham mengenai apa itu adsense, nantikan artikel bersiri mengenainya di lain-lain masa. Dan seorang kawan saya yang juga ‘internet marketer’ di dalam proses untuk menyiapkan tulisannya mengenai google adsense ini. Blog beliau boleh di-akses melalui link ini (perlu daftar dahulu) : http://passive-income-guide.com/
Dan ketahuilah salah seorang yang telah membuat wang melalui ‘program’ ini. Beliau masih muda namun telah mendapat income TANPA MODAL iaitu sebanyak RM11,000 setahun, bahkan sehingga kini masih lagi mendapat cek pada setiap bulan. Tidak percaya?? Baca laporan khas dari beliau di sini untuk ketahui rahsia dan sedikit pesanan ikhlas daripada beliau. Anda boleh akses di http://wangcyber.com/google/index.html
Satu pesanan ikhlas daripada saya, JANGAN KLIK SENDIRI atau menyuruh sahabat anda bantu klik. Buatlah dengan ‘jujur’ dan dan teknik yang betul, insyaAllah anda dapat hasilnya. Di kala saya menulis ini, akaun adsense saya baru mencecah USD13.00. Tidak banyak dan saya menulis mengenai hal ini hanya untuk berkongsi peluang yang ada ini. Ingat, modal adalah sifar! Tidak perlu melabur atau melayari internet.. ![]()
Sekian.
p/s: Tidak mustahil lagi anda boleh buat duit TANPA MODAL! Mulakan sekarang!!
Dari : http//:blog.smartusaha.com



Apakah sebab saya menunjukkan snapshot hasil jualan dan komisyen yang saya perolehi di sebelah?

