Mencuba pelbagai cara untuk berjaya
Bisnes April 11th, 2008Anda pasti tahu manusia terkaya di dunia adalah pemilik perniagaan Microsoft, Bill Gates kan?
Tetapi, tahukah anda bahawa pada bila-bila masa, Microsoft sedang menguji dan membangunkan lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan pada peringkat yang berlainan? Sekarang pun lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan sedang di uji dan dibangunkan. Kebanyakan daripadanya tidak akan berjaya dan tidak dikeluarkan dipasaran.
Pengajarannya?
“Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat digunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!”








