Sering kali saya ditanya soalan “Bagai mana anda boleh mendapat RM1 juta pertama pada usia 25 tahun? Bagai mana anda dapat melakukannya dengan cepat?”

Apa yang patut di lihat adalah bukannya bila kah seseorang itu mencapai kejayaan, tetapi, patut di lihat bilakah bermulanya proses untuk mencapai sesuatu kejayaan itu. Hero kegemaran saya, Arnold Swarznegger dari filem popular Terminator mencapai impian hidupnya sebagai juara bina badan dunia pada usia 22 tahun. Tahu kah anda bila kah beliau memasang niat dan berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut? Jawapannya adalah pada usia 16 tahun!

Ya, Arnold juga merupakan manusia biasa yang memasang cita-cita tinggi dan berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut. Arnold berusaha selama 6 tahun untuk mencapai cita-cita pertamanya. Dengan latihan keras serta berdisiplin dalam pemakanan dan senaman, Arnold mencapai cita-citanya dalam masa 6 tahun.

Bagi diri saya, saya telah memasang cita-cita mencapai pendapatan RM1 juta sejak di bangku sekolah lagi- iaitu 19 tahun. Ia mengambil masa hampir 6 tahun juga - dengan persiapan mental, berusaha dengan gigih, berdisiplin melakukan kerja serta mencari ilmu tentang kewangan.

Apakah short cut untuk mencapai kekayaan? Jawapannya: Tiada! Oleh kerana segelintir masyarakat kita yang sering inginkan short cut untuk mencapai kekayaan lah terdapat pelbagai helah menjana pendapatan seperti skim pyramid, surat berantai, scam, dan skim cepat kaya. Mereka yang ingin short cut yang akan menjadi mangsa.

Kesimpulannya, tidak kira pada umur berapa anda berada, untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, anda perlu memulakan proses untuk mencapai kejayaan, iaitu memasang cita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapaikannya setiap hari. Kejayaan tidak datang sebegitu sahaja dan jarang sekali ia dapat di capai dalam waktu yang singkat. Oleh itu, mulakan langkah pertama anda hari ini. Bayangkan apa yang anda ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang. Anda akan dapati jikalau anda tumpukan tenaga anda untuk mencapai cita-cita tersebut, anda akan memperolehinya dalam jangka masa kurang dari 10 tahun.

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi!

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments