Kuda Raja

Cerita Lawak No Comments »

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian… makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya “Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?” maka dengan selambanya budak tu berkata “Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu. “Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala.

Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, “cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! “Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?” Dengan selambanya budak tu jawab “Nak kena jentik lagi…??”

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Deduksi

Cerita Lawak No Comments »

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada sebuah MPV kat depan rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni tuan punya MPV tersebut.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.


Petang itu…
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada MPV?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman…

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Buah yang menjadi tanda-tanya

Cerita Lawak No Comments »

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik mereka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura..

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu… tetapi bukan lembu..

Kura2 : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah…. GAMBAR LEMBU… Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu…. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura2 : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura2 : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura2 : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah…. apa jawapannya?

Kura2 : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan….. Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi olehnya tadi.

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Tayar Pancit

Cerita Lawak No Comments »

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas…Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi.
Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat.

Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak… tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak… Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur.

“Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam… bikin orang suspen saja… esok siang buat laa…”, kata si Dol (marah-marah).

“Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis…”, kata apek tu…

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Jenis-Jenis Motor

Cerita Lawak No Comments »

Motor yang paling moden … … MODENas

Motor yang ada hon … … … .. HONda

Motor yang paling best … … . Suzuki Best

Motor yang paling bahaya … .. Hurricane (X ingat saper yg wat)

Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport

Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen

Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos

Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh

Motor yang paling tajam … … Modenas Kriss

Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II

Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee -

Laksamana Doremi… … … … .. Menteri Pasola)

Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit

motor paling tajam -> Blade, bukan kriss

motor paling seronok -> Excite

Motor tak guna pistol -> shogun

Motor paling cute -> Comel

Motor paling berahi -> passion

Motor paling jahat -> Bandit

Motor raksasa -> Ducatti monster

Motor paling best -> suzuki best?

Motor pandai karate -> kawasaki ninja

Motor red indian -> tomahawk

Motor cam terminator -> Eliminator

Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade

Motor paling kaya -> goldwing

Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni?

motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda

motor yang xkan sakit … … . Norton (motor lama)

Motor yang ader kelas … … . EX5 Class

motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1

motor yang x stabil … … … Honda wave

Motor yang paling laju di atas air ============> Motobot

Motor yang paling lama boleh bercakap==========> Motorola

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Buka Cawangan

Cerita Lawak No Comments »

Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang lubangnya menengadah keatas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya.

Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang lagi satu?

Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya memutuskan untuk menambah cawangan.

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Tahukah anda…? (Part II)

Cerita Lawak No Comments »

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Tahukah anda…?(Part I)

Cerita Lawak No Comments »

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Cara-cara nak cover malooooo…

Cerita Lawak 2 Comments »

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?….

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Cucur Udang

Cerita Lawak 4 Comments »

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut…lalu si mamat ni pun tanye….

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer…makcik tersebut menjawab…

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang…
Mamat : ……….

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login