Betul ke Kekayaan Datang Dari Cara Kita Berfikir?

Perniagaan Internet No Comments »

Saya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri saya, “kalau dah kekayaan datang dari cara kita berfikir, mengapa ramai sangat orang yang belum kaya?”

Saya masih mencari kenapa ramai jutawan dan orang-orang berjaya memberi ungkapan begini. Ada juga terlintas di hati saya, ” mungkin mereka ni nak menampakkan mereka ‘cool’ dengan memberi satu ungkapan yang agak sofistikated dan sukar untuk difahami” . Tetapi, semakin banyak saya meneruskan kajian, semakin ramai pula yang mengungkapkan perkara yang sama - “Wealth come from your own mind”

Akhirnya, saya menemui sebabnya. :)

Saya telah menemui sebabnya di dalam 2 buku motivasi dan satu audio book oleh pakar motivasi, Mr Anthony Robbins. Dua buku dan audio book tersebut adalah :

1. Unlimited Power
2. Awaken Giant Within
3. Personal Power 2 (audio book )

Dalam ketiga-tiga material itu, Tony Robbins menyatakan minda kita ini diibarat seperti komputer. Anda boleh ‘memprogramkan’ apa sahaja dalam minda anda seperti meletakkan operating system seperti pada komputer. “Program” yang dimaksudkan Tony Robbins adalah KEPERCAYAAN, iaitu kepercayaan yang anda tanam dalam minda sejak kecil sehingga sekarang . Dengan kepercayaan inilah yang akan membentuk kehidupan anda dan di mana anda sekarang . Dalam bahasa omputihnya - BELIEF~

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..

Perniagaan Internet No Comments »

Tahukah anda bahawa bidang perniagaan internet di Malaysia masih baru? Sekadar ingin berkongsi dan ‘mencabar’ anda, sama-samalah merebut peluang ini kerana saya yakin bidang ini akan berkembang dengan pesat di Malaysia kelak. Jangan membuang masa lagi..

Tinggalkan skim cepat kaya dan program buat duit yang salah itu, kerana ia tidak kekal lama dan hanya akan menjatuhkan diri anda. Sebaliknya, lakukanlah perniagaan yang sebenar-benarnya..

Sekadar ingin mengingatkan anda semua, BERTINDAKLAH SEKARANG!

Dari : blog.smartusaha.com

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..

Perniagaan Internet No Comments »

Siapa yang tak kenal Google, sebuah enjin carian yang gah di persada dunia internet di samping Yahoo! Kini (dah lama pun), sudah ramai yang membuat duit dengan mudah hanya dengan menggunakan program simple yang disediakan oleh Google. Ia dikenali sebagai Adsense.

Program ini secara mudahnya ialah, anda akan dibayar dengan nilai tertentu pada setiap iklan yang di-klik pada laman web anda. Umpama anda adalah agen bagi sebuah syarikat pengiklanan dan membantu mereka mengiklankan produk-produk atau servis syarikat lain. Cara bekerjanya amat mudah, anda hanya perlu meletakkan iklan yang disediakan oleh google pada laman web anda. Itu sahaja!

NAMUN, tidak semudah yang disangka.. Satu kesalahan utama atau fatal yang sering dilakukan di dalam meletak iklan adalah “iklan tersebut nampak seperti iklan”. :D Sebab itu google memberikan pilihan kepada kita untuk memilih warna dan bentuk mengikut kehendak kita. Maksud ‘iklan adalah iklan’ ialah pelawat laman web anda tidak akan klik iklan itu kerana biasanya tidak ramai pengguna yang mahu klik iklan. Kerana apa? Sebab pada hakikat biasanya, pelayar laman web tidak mahu meng-klik iklan. Betul? Bahkan diri kita sendiri pun tidak mahu meng-klik iklan kan? Maka, pastikan anda mempelajari tips & triks yang berkesan terutama bagaimana memastikan iklan adsense anda itu akan di-klik.

Namun, kekadang kita akan klik juga iklan itu disebabkan ada daya tarikan pada ‘iklan’ tersebut. Satu, kerana ia tidak nampak seperti iklan dan kedua ia amat menarik.. Bagaimana caranya? Saya juga baru mahu mencubanya.. Barulah saya tahu antara kesilapan saya selama ini.. :D Sebagai satu contoh trik di dalam meletak iklan adalah, jika warna latar belakang laman web anda adalah putih, maka pilihlah warna iklan yg semuanya putih, kecuali teksnya berwarna hitam atau selainnya yang sesuai. Kedua, pilihlah rekabentuk iklan yang sesuai dengan bahagian yang anda ingin meletaknya. Ketiga, posisi iklan yang berkesan dan 98% pasti akan diklik oleh pembaca laman web anda.

Mungkin kepada yang ‘zero’ atau kosong tidak faham mengenai apa itu adsense, nantikan artikel bersiri mengenainya di lain-lain masa. Dan seorang kawan saya yang juga ‘internet marketer’ di dalam proses untuk menyiapkan tulisannya mengenai google adsense ini. Blog beliau boleh di-akses melalui link ini (perlu daftar dahulu) : http://passive-income-guide.com/

Dan ketahuilah salah seorang yang telah membuat wang melalui ‘program’ ini. Beliau masih muda namun telah mendapat income TANPA MODAL iaitu sebanyak RM11,000 setahun, bahkan sehingga kini masih lagi mendapat cek pada setiap bulan. Tidak percaya?? Baca laporan khas dari beliau di sini untuk ketahui rahsia dan sedikit pesanan ikhlas daripada beliau. Anda boleh akses di http://wangcyber.com/google/index.html

Satu pesanan ikhlas daripada saya, JANGAN KLIK SENDIRI atau menyuruh sahabat anda bantu klik. Buatlah dengan ‘jujur’ dan dan teknik yang betul, insyaAllah anda dapat hasilnya. Di kala saya menulis ini, akaun adsense saya baru mencecah USD13.00. Tidak banyak dan saya menulis mengenai hal ini hanya untuk berkongsi peluang yang ada ini. Ingat, modal adalah sifar! Tidak perlu melabur atau melayari internet.. :D
Sekian.

p/s: Tidak mustahil lagi anda boleh buat duit TANPA MODAL! Mulakan sekarang!!

Dari : http//:blog.smartusaha.com

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

3 Cara Cipta Pendapatan Berterusan Di Internet

Perniagaan Internet No Comments »

Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, saya ada menyatakan 3 jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam hidup anda dan yang terbaik ialah pendapatan berterusan - iaitu pendapatan pasif di mana walaupun anda berhenti bekerja, anda masih lagi terus mendapat pulangannya yang lumayan.

Bagi sesetengah orang, pendapatan sebegini mungkin cuma jadi angan-angan Mat Jenin sahaja kerana mereka mungkin tidak mengetahui (atau percaya) bahawa ianya benar-benar wujud. Tetapi bagi mereka yang mengetahuinya, mereka akan cuba sedaya upaya mencipta pendapatan berterusan ini kerana mereka tahu yang habuan daripada usaha mereka amat berbaloi.

Walaupun terdapat pelbagai cara mencipta pendapatan berterusan sebegini secara offline, saya cuma akan membincangkan 3 cara anda boleh mencipta pendapatan berterusan sebegini menggunakan Internet.

1. Membina Laman Web Keahlian (Membership Site) Anda Sendiri

Anda boleh membina satu laman web yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang membolehkan anda mengenakan bayaran kepada pelanggan anda setiap bulan atau tahun.

Perkhidmatan sebegini belum lagi popular di kalangan usahawan Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium untuk menjalankan bisnes sebegini. Mungkin permintaannya belum lagi besar untuk merealisasikannya atau mungkin belum ada lagi usahawan yang berani mencubanya.

Perkhidmatan atau produk yang boleh ditawarkan ialah seperti langganan webhosting, langganan autoresponder, kelab ebook bulanan ataupun perkhidmatan bimbingan (atau coaching).

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan daripada laman web keahlian ini?

Katakan anda mengenakan caj bulanan RM50 bagi yuran keahlian. Sekiranya anda berjaya menjual 100 keahlian, ini bermakna anda sudah pun memperolehi RM5000 untuk pendapatan bulanan anda. Perlukan pendapatan yang lebih besar? Dapatkan lebih ramai ahli ke dalam laman web keahlian anda.

Untuk membina laman web keahlian, anda mungkin memerlukan sebuah skrip yang mudah untuk digunakan. Beberapa tahun dahulu, skrip untuk membina laman web keahlian adalah mahal tetapi sekarang ianya boleh didapati dengan murah. Di antaranya ialah skrip keahlian terbaru dari Ian Del Carmen (MemberFire).

2. Mempromosikan Laman Web Keahlian Orang Lain Sebagai Affiliate

Membina laman web keahlian memerlukan usaha yang berterusan daripada anda kerana anda perlu memberikan perkhidmatan berterusan setiap bulan/tahun. Anda boleh mengupah orang lain untuk mengendalikannya untuk anda ataupun anda boleh menggunakan kaedah kedua ini untuk mencipta pendapatan berterusan daripada Internet - mempromosikan laman keahlian orang lain sebagai affiliate.

Kebanyakan laman web keahlian menyediakan program affiliate mereka tersendiri di mana jika anda memasarkan laman web keahlian ini, anda akan diberikan komisyen setiap bulan bagi stiap ahli yang berjaya anda daftarkan.

Sebagai contoh, laman web keahlian Internet Millionaires daripada Gobala Krishnan memberikan komisyen sebanyak 40% bagi caj bulanan keahlian untuk laman web beliau. Bagi setiap ahli berbayar, anda akan memperolehi $5.16 daripada yuran bulanan $12.90 bagi setiap ahli. Jika anda berjaya mendapat 100 ahli berbayar, ini bermakna anda sudahpun memperolehi $516 (Dollar Amerika) setiap bulan.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengendalikan laman web keahlian tersebut dan anda tidak perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan. Tetapi anda cuma akan dibayar berdasarkan peratusan komisyen yang ditetapkan dan anda perlu bersaing dengan affiliate lain yang mempromosikan program atau laman web keahlian yang sama.

3. Mempromosikan Laman Web MLM Internet

Kebanyakan daripada usahawan internet masih lagi melihat MLM Internet sebagai sebuah perniagaan multi-level konvensional. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah salah.

Saya melihat MLM Internet sebagai salah satu lagi laman web keahlian yang mempu menjana pendapatan berterusan seperti yang dibincangkan di atas. Bahkan, sekiranya dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan memasarkan program MLM Internet daripada memasarkan laman web keahlian biasa.

Biar saya terangkan di sini.

Saya memberikan perkhidmatan webhosting sebagai satu sumber untuk membina laman web keahlian. Dan, memang ada banyak perkhidmatan webhosting yang menyediakan program affiliate yang mana anda boleh sertai dan jana pendapatan berterusan melaluinya. Ada yang memberikan komisyen setiap bulan dan ada yang membuat bayaran setahun sekali. Sebagai contoh, E-Commerce Mastery memberikan komisyen RM10 bagi setiap pakej Efficient100. Selagi pelanggan yang membeli pakej ini melalui link affiliate saya menggunakan perkhidmatan daripada E-Commerce Mastery, saya akan terus mendapat komisyen.

Pada masa yang sama juga, satu lagi syarikat menyediakan perkhidmatan webhosting dan mereka menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kiosk Webhosting akan membayar 25% bagi setiap pelanggan berbayar yang anda perkenalkan kepada mereka dan anda akan mendapat komisyen setiap bulan daripada pelanggan berbayar ini.

Bukan itu sahaja, Kiosk Webhosting juga membayar 5% bagi setiap pelanggan baru yang diperkenalkan oleh pelanggan yang diperkenalkan oleh anda sebelum ini. Komisyen 5% ini dibayar sehingga 9 tingkat ke bawah lagi. Jadi, anda akan mendapat komisyen dan pendapatan berterusan daripada usaha anda dan juga ahli kumpulan yang anda bina.

Dari sini juga anda boleh lihat bahawa dengan produk atau perkhidmatan yang sama, pelbagai cara untuk membina pendapatan berterusan di Internet boleh dicipta. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu anda suka.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Teruskan Usaha Dan Jangan Berhenti

Perniagaan Internet No Comments »

salesApakah sebab saya menunjukkan snapshot hasil jualan dan komisyen yang saya perolehi di sebelah?

Anda mungkin tertanya-tanya dan mungkin ada yang beranggapan yang saya cuba untuk menunjuk-nunjuk berapa banyak saya perolehi daripada bisnes internet.

Tidak!

Snapshot yang anda lihat di sebelah adalah benar dan tidak diubah dengan PhotoShop atau sebagainya (lagipun saya memang tak pandai sangat dengan PhotoShop) tetapi sebab utama saya menunjukkan snapshot ini adalah kerana ingin memberitahu sesuatu perkara.

Walaupun terdapat banyak lagi jualan yang saya tidak tunjukkan di sini tetapi perlu saya katakan yang keseluruhan hasil usaha ini bukanlah mudah pada permulaannya dan saya tidak melakukannya dalam masa yang singkat.

Secara tepat lagi, saya tidak mendapat walau satu jualan pun pada 3 bulan pertama saya memulakan perniagaan internet. Komisyen pertama yang saya dapat adalah kurang daripada $10 USD dan saya amat gembira apabila mengetahuinya. Selepas 3 bulan, saya tidak mendapat hasil secara konsisten. Sudah tentulah saya terus mendapat jualan tetapi ianya tidaklah berbaloi (pada ketika itu) dengan usaha yang saya curahkan.

TETAPI ADA SATU PERKARA YANG SAYA PELAJARI!

Kebanyakan orang yang mencuba bisnes internet tidak mempunyai minat di dalam bidang ini dan tidak mempunyai cukup kesabaran. Mereka ingin mendapat wang sebaik sahaja mereka menekan butang ‘ON’ di komputer mereka, tanpa mahu belajar cara yang betul dan mengasah minda supaya mempunyai berfikiran yang tepat untuk melakukan sebarang perniagaan.

Mereka berhenti separuh jalan dan menyatakan bisnes internet ’scam’ atau yang seumpama dengannya. Ada yang juga sudah jadi keliru dengan skim penipuan di Internet dan terperangkap dengannya. Jadi, saya TIDAK menjadikan diri saya seperti mereka. Saya tidak hanya cuba melakukan bisnes ini. Saya mahu melakukannya dan saya lakukannya.

Jika orang lain berhenti separuh jalan, saya teruskan belajar dan berusaha. Itulah sebabnya saya boleh menunjukkan snapshot di atas kepada anda.

Jika saya berhenti 4 tahun lalu, sudah pasti saya tidak dapat menunjukkan kepada anda senarai jualan dan komisyen yang saya perolehi ini.

Sekarang bayangkan bagaimana snapshot di atas akan berubah dalam masa 5 tahun lagi!

Inilah klu yang ingin saya sampaikan kepada anda pada hari ini.

  1. Belajar bagaimana membina bisnes internet.
  2. Pilih sesuatu topik yang anda suka.
  3. Selidik samaada topik tersebut boleh memberi pulangan lumayan sebagai bisnes.
  4. LAKUKANNYA dan JANGAN BERHENTI!

Sudah tentu item #2 di atas selalu diperdebatkan. Walaubagaimanapun itulah peraturan yang saya tetapkan diri saya sendiri.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet

Perniagaan Internet No Comments »

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

  • Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
  • Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
  • Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
  • Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
  • Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
  • dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

  • 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com
Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…

Perniagaan Internet No Comments »

Anda seorang yang telah pun berpengalaman di dalam perniagaan internet?

Saya pasti anda selalu menerima email yang bunyinya seakan-akan begini… Jika anda baru lagi dengan bisnes internet ini, tunggu dan lihat nanti. :)

  • “bagaimana saya boleh menjana pendapatan di internet secara mudah dan cepat?”
  • “saya tak ada kad kredit, bagaimana saya hendak menyertainya?”
  • “boleh tak saya datang rumah awak untuk belajar? saya tak ada laptop lagi tapi saya boleh bawak thumb drive…” (kisah benar)
  • “wei ada tak cara dapat duit dgn senang ? tapi tidak menggunakan card credit ? sebab aku tak ada card credit..” (saya baru dapat email ni semalam)

  • “saya nak phone number saudara untuk belajar bisnes internet.”
  • dan banyak lagi…

Kesimpulannya, ramai yang mahukan pendapatan di internet tetapi tak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.

Lihatlah sendiri contoh email yang saya dapat di atas. Kebanyakannya cuma inginkan jalan mudah untuk mendapat kejayaan. Ya, memang ada yang berjaya mendapat pulangan lumayan dalam masa yang singkat tapi ianya tidak benar untuk kebanyakan orang.

Bukan setakat itu sahaja, ada yang tiada hormat langsung (email keempat) apabila bertanyakan sesuatu kepada saya. Adakah ini ciri-ciri orang yang perlukan bantuan? Selalunya email sebegini akan masuk ke dalam “tong sampah maya” saya sahaja tanpa sebarang jawapan kerana sikap orang yang bertanya itu sendiri.

Di dalam mencari ilmu perniagaan internet ini, walaupun identiti anda boleh disorok, namun kejayaan anda tetap akan bergantung kepada mentaliti dan sikap anda itu sendiri.

Disebabkan berpuluh kali mendengar audio CD Jim Rohn yang bertajuk “12 Pillars Of Success”, kata-kata ini terus lekat di minda saya sehingga kini.

“Your income seldom exceeds personal development”

Maksudnya, pendapatan anda tidak akan melebihi pembangunan diri anda. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Jim Rohn tentang perkara ini tapi untuk memahami apakah maksud “personal development” ataupun “pembangunan diri” pun kadang-kadang memerlukan kajian yang agak lama.

Ini satu lagi…

“Become a millionaire not because of the money but because of the person you have to to become”

Maksudnya… jadilah seorang jutawan bukan disebabkan wang ringgit tetapi disebabkan insan yang anda perlu ‘jadi’. Pernah kita baca cerita bagaimana jutawan boleh kehilangan harta dalam sekelip mata dan jadi muflis. Pernah juga kita mendengar cerita bagaimana seorang yang papa kedana menjadi “multi” jutawan dalam masa yang singkat. Dalam kedua-dua kes, sekiranya mereka jatuh muflis, cuma satu golongan sahaja yang akan bangun balik - iaitu mereka yang memperkayakan diri dengan “pembangunan diri” atau “personal development”.

Ya topik ini memang tidak membincangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan di Internet tetapi ianya lebih kepada menjiwai diri anda sendiri tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri, mentaliti dan juga keupayaan membina perniagaan internet.

Beberapa butir penting yang saya boleh rumuskan di sini:

  1. Hormat kepada orang yang anda hendak bertanya. Berikan soalan yang ringkas tetapi cukup informasi untuk dijawab oleh “guru” anda.
  2. Jika soalannya mudah, cari sendiri jawapannya. Internet adalah sumber ilmu yang terbentang luas. Forum perbincangan juga merupakan sumber yang baik.
  3. Laburkan sedikit wang untuk diri anda. Contohnya, sudah banyak orang membincangkan pasal PayPal dan ebook MalaysiaPal pun dah dapat menjelaskan “masalah dan penyelesaiannya” dengan secara terperinci. Jangan disebabkan anda ingin terlalu berjimat untuk ilmu sebegini sehingga mengganggu masa orang lain dengan soalan anda.
  4. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kadang-kadang anda akan gagal beberapa kali sebelum melihat kejayaan kecil anda buat pertama kalinya. Jadi jangan berputus asa dan bersedia untuk gagal.
  5. Jangan lupa mantapkan diri anda dengan ilmu teknikal dan “soft-skills”. Ingat! Perniagaan internet juga melibatkan orang dan anda perlukan jaringan usahawan yang berjaya di kemudian hari.

Akhir sekali…

Ramai yang mahukan pendapatan dari Internet tapi… cuma yang layak sahaja akan memperolehinya.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com

Bookmark Artikel Ini :These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • YahooMyWeb
  • Spurl
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments

WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login