Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet

Perniagaan Internet No Comments »

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

  • Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
  • Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
  • Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
  • Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
  • Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
  • dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

  • 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com

Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…

Perniagaan Internet No Comments »

Anda seorang yang telah pun berpengalaman di dalam perniagaan internet?

Saya pasti anda selalu menerima email yang bunyinya seakan-akan begini… Jika anda baru lagi dengan bisnes internet ini, tunggu dan lihat nanti. :)

  • “bagaimana saya boleh menjana pendapatan di internet secara mudah dan cepat?”
  • “saya tak ada kad kredit, bagaimana saya hendak menyertainya?”
  • “boleh tak saya datang rumah awak untuk belajar? saya tak ada laptop lagi tapi saya boleh bawak thumb drive…” (kisah benar)
  • “wei ada tak cara dapat duit dgn senang ? tapi tidak menggunakan card credit ? sebab aku tak ada card credit..” (saya baru dapat email ni semalam)

  • “saya nak phone number saudara untuk belajar bisnes internet.”
  • dan banyak lagi…

Kesimpulannya, ramai yang mahukan pendapatan di internet tetapi tak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.

Lihatlah sendiri contoh email yang saya dapat di atas. Kebanyakannya cuma inginkan jalan mudah untuk mendapat kejayaan. Ya, memang ada yang berjaya mendapat pulangan lumayan dalam masa yang singkat tapi ianya tidak benar untuk kebanyakan orang.

Bukan setakat itu sahaja, ada yang tiada hormat langsung (email keempat) apabila bertanyakan sesuatu kepada saya. Adakah ini ciri-ciri orang yang perlukan bantuan? Selalunya email sebegini akan masuk ke dalam “tong sampah maya” saya sahaja tanpa sebarang jawapan kerana sikap orang yang bertanya itu sendiri.

Di dalam mencari ilmu perniagaan internet ini, walaupun identiti anda boleh disorok, namun kejayaan anda tetap akan bergantung kepada mentaliti dan sikap anda itu sendiri.

Disebabkan berpuluh kali mendengar audio CD Jim Rohn yang bertajuk “12 Pillars Of Success”, kata-kata ini terus lekat di minda saya sehingga kini.

“Your income seldom exceeds personal development”

Maksudnya, pendapatan anda tidak akan melebihi pembangunan diri anda. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Jim Rohn tentang perkara ini tapi untuk memahami apakah maksud “personal development” ataupun “pembangunan diri” pun kadang-kadang memerlukan kajian yang agak lama.

Ini satu lagi…

“Become a millionaire not because of the money but because of the person you have to to become”

Maksudnya… jadilah seorang jutawan bukan disebabkan wang ringgit tetapi disebabkan insan yang anda perlu ‘jadi’. Pernah kita baca cerita bagaimana jutawan boleh kehilangan harta dalam sekelip mata dan jadi muflis. Pernah juga kita mendengar cerita bagaimana seorang yang papa kedana menjadi “multi” jutawan dalam masa yang singkat. Dalam kedua-dua kes, sekiranya mereka jatuh muflis, cuma satu golongan sahaja yang akan bangun balik - iaitu mereka yang memperkayakan diri dengan “pembangunan diri” atau “personal development”.

Ya topik ini memang tidak membincangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan di Internet tetapi ianya lebih kepada menjiwai diri anda sendiri tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri, mentaliti dan juga keupayaan membina perniagaan internet.

Beberapa butir penting yang saya boleh rumuskan di sini:

  1. Hormat kepada orang yang anda hendak bertanya. Berikan soalan yang ringkas tetapi cukup informasi untuk dijawab oleh “guru” anda.
  2. Jika soalannya mudah, cari sendiri jawapannya. Internet adalah sumber ilmu yang terbentang luas. Forum perbincangan juga merupakan sumber yang baik.
  3. Laburkan sedikit wang untuk diri anda. Contohnya, sudah banyak orang membincangkan pasal PayPal dan ebook MalaysiaPal pun dah dapat menjelaskan “masalah dan penyelesaiannya” dengan secara terperinci. Jangan disebabkan anda ingin terlalu berjimat untuk ilmu sebegini sehingga mengganggu masa orang lain dengan soalan anda.
  4. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kadang-kadang anda akan gagal beberapa kali sebelum melihat kejayaan kecil anda buat pertama kalinya. Jadi jangan berputus asa dan bersedia untuk gagal.
  5. Jangan lupa mantapkan diri anda dengan ilmu teknikal dan “soft-skills”. Ingat! Perniagaan internet juga melibatkan orang dan anda perlukan jaringan usahawan yang berjaya di kemudian hari.

Akhir sekali…

Ramai yang mahukan pendapatan dari Internet tapi… cuma yang layak sahaja akan memperolehinya.

Dipetik dari : http://rahsia.bisnesdigital.com

Deduksi

Cerita Lawak No Comments »

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada sebuah MPV kat depan rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni tuan punya MPV tersebut.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.


Petang itu…
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada MPV?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman…

Microsoft reduces price of Vista

News No Comments »

vistaMicrosoft has announced a price revision for its Windows Vista operating system. In Asia, Malaysia is the only market to enjoy the adjusted pricing offered thru local IT partners, and is one of the only two countries in the world to adopt this strategy. Depending on the editions of the Windows Vista, price adjustments range from 10 to almost 50 percent.

This is reflected in its OEM licensing offering, a move which presents the easiest and most attractively-priced option for purchasing Windows Vista preinstalled in a PC, as well as its stand-alone retail packs. According to Mr. KT Ng, Director, Client Business Group, Business Marketing Organization, the strategy will also increases the product’s relevance to the mainstream IT industry in view of the dropping prices of computer hardware and peripherals. As a result, the overall package is now more affordable to consumers, in addition to increasing user confidence in its genuine products.

Microsoft firmly believes that the increased affordability of Windows Vista Home Premium will enhance digital empowerment to a wider cross-section of Malaysian consumers and users and allow more to experience the rich features of a digital lifestyle. It will also ensure consumers and users’ computer are well protected from security attacks.

Buah yang menjadi tanda-tanya

Cerita Lawak No Comments »

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik mereka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura..

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu… tetapi bukan lembu..

Kura2 : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah…. GAMBAR LEMBU… Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu…. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura2 : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura2 : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura2 : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah…. apa jawapannya?

Kura2 : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan….. Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi olehnya tadi.

Tayar Pancit

Cerita Lawak No Comments »

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas…Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi.
Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat.

Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak… tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak… Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur.

“Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam… bikin orang suspen saja… esok siang buat laa…”, kata si Dol (marah-marah).

“Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis…”, kata apek tu…

Mencuba pelbagai cara untuk berjaya

Bisnes No Comments »

Anda pasti tahu manusia terkaya di dunia adalah pemilik perniagaan Microsoft, Bill Gates kan?

Tetapi, tahukah anda bahawa pada bila-bila masa, Microsoft sedang menguji dan membangunkan lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan pada peringkat yang berlainan? Sekarang pun lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan sedang di uji dan dibangunkan. Kebanyakan daripadanya tidak akan berjaya dan tidak dikeluarkan dipasaran.

Pengajarannya?

Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat digunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!”

B u n g a

Gambar Menarik No Comments »

B u n g a . . .

B u n g a

Jenis-Jenis Motor

Cerita Lawak No Comments »

Motor yang paling moden … … MODENas

Motor yang ada hon … … … .. HONda

Motor yang paling best … … . Suzuki Best

Motor yang paling bahaya … .. Hurricane (X ingat saper yg wat)

Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport

Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen

Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos

Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh

Motor yang paling tajam … … Modenas Kriss

Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II

Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola (Ala dlm cite P.Ramlee -

Laksamana Doremi… … … … .. Menteri Pasola)

Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit

motor paling tajam -> Blade, bukan kriss

motor paling seronok -> Excite

Motor tak guna pistol -> shogun

Motor paling cute -> Comel

Motor paling berahi -> passion

Motor paling jahat -> Bandit

Motor raksasa -> Ducatti monster

Motor paling best -> suzuki best?

Motor pandai karate -> kawasaki ninja

Motor red indian -> tomahawk

Motor cam terminator -> Eliminator

Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade

Motor paling kaya -> goldwing

Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni?

motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda

motor yang xkan sakit … … . Norton (motor lama)

Motor yang ader kelas … … . EX5 Class

motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1

motor yang x stabil … … … Honda wave

Motor yang paling laju di atas air ============> Motobot

Motor yang paling lama boleh bercakap==========> Motorola

30 Tanda Jatuh Cinta

Cinta 1 Comment »

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja

Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka

Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham

Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji

Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya

Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login