Betul ke Kekayaan Datang Dari Cara Kita Berfikir?
Perniagaan Internet June 25th, 2008Saya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri saya, “kalau dah kekayaan datang dari cara kita berfikir, mengapa ramai sangat orang yang belum kaya?”
Saya masih mencari kenapa ramai jutawan dan orang-orang berjaya memberi ungkapan begini. Ada juga terlintas di hati saya, ” mungkin mereka ni nak menampakkan mereka ‘cool’ dengan memberi satu ungkapan yang agak sofistikated dan sukar untuk difahami” . Tetapi, semakin banyak saya meneruskan kajian, semakin ramai pula yang mengungkapkan perkara yang sama - “Wealth come from your own mind”
Akhirnya, saya menemui sebabnya. ![]()
Saya telah menemui sebabnya di dalam 2 buku motivasi dan satu audio book oleh pakar motivasi, Mr Anthony Robbins. Dua buku dan audio book tersebut adalah :
1. Unlimited Power
2. Awaken Giant Within
3. Personal Power 2 (audio book )
Dalam ketiga-tiga material itu, Tony Robbins menyatakan minda kita ini diibarat seperti komputer. Anda boleh ‘memprogramkan’ apa sahaja dalam minda anda seperti meletakkan operating system seperti pada komputer. “Program” yang dimaksudkan Tony Robbins adalah KEPERCAYAAN, iaitu kepercayaan yang anda tanam dalam minda sejak kecil sehingga sekarang . Dengan kepercayaan inilah yang akan membentuk kehidupan anda dan di mana anda sekarang . Dalam bahasa omputihnya - BELIEF~








