Bagaimana Memperolehi RM100,000 Setahun
Rahsia Biz August 12th, 2008Pada kali ini, saya akan menulis tentang bagaimana memperolehi RM100,000 setahun dengan menjadi penerbit di rumah dengan modal kurang dari RM200. Pada masa sekarang ini , sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan penerbit sepenuh masa di rumah dan memperolehi pendapatan sehingga lebih RM100,000 setahun atau RM8,000 lebih setiap bulan.
Anda boleh memulakan perniagaan ini hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja. Bidang penerbitan dan penulisan merupakan salah satu bidang perniagaan yang berprestij yang boleh anda ceburi, dan anda akan mendapati bahawa beribu-ribu orang di seluruh dunia akan membaca idea dan pemikiran anda.
Anda mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kehidupan orang lain dan anda akan memperolehi banyak sekali faedah di dalam proses tersebut. Dengan teknologi terkini, desktop publishing atau penerbitan meja akan menjadi satu cara yang tidak mustahil untuk dilakukan.
Teknologi komputer dan internet (khususnya blog) telah membolehkan kita untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku-buku, panduan-panduan, resepi masakan dengan cara yang lebih mudah serta kos yang murah. Bagaimana untuk mencetak atau menerbitkan buku tersebut tidak menjadi masalah tetapi yang paling penting ialah bagaimana untuk mengedarkannya!
Memasarkan Buku Anda
Salah satu cara untuk memudahkan buku anda dapat diedarkan ialah dengan mengedarkannya sendiri. Apabila pasaran telah anda dapati maka dengan mudah anda boleh mengedarkannya sendiri . Jika anda memasarkan buku anda dengan betul anda akan dapat menjual untuk selamanya .
Malah ianya membolehkan anda memperolehi pendapatan beribu-ribu ringgit setiap bulan. Dan setiap buku baru yang anda tulis akan menjadi satu sumber tambahan yang baru pula. Dan apabila anda telah dapat memulakan usaha ini ianya sukar dihentikan walaupun anda mahu berbuat demikian.








