RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN
Rahsia Biz May 7th, 2008Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut . mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.
Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.
Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.
Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.
Jadi bertindaklah sekarang. Semoga beberapa tips ini menjadi sumber inspirasi anda untuk berjaya. Sekian.








